Adakah  kamu  mengetahui  -wahai  para  pemuda-  panji-panji  Islam  tidak  akan  dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w   dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!

    • Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda.
    • Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun.
    • Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. 
    • Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua.
    • Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah
      pemuda.

Para  pemuda  generasi  pertama  dan  orang-orang  yang  mengikut  jejak  langkah  mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar  panji-panji jihad… lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah  Islamiah  melalui  tangan  mereka.  Kamu  semua  mengetahui  -wahai  pemuda-,  bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam,  Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para  pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk mengharungi kehidupan. Kepada kamu -wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan.

  1. Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang… Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya… pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.
  2. Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim: Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.
  3. Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada matlamat Islam… Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah: Maksudnya: Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.
  4. Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak… baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi: Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.
  5. Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan kepada Allah… baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu bermaksudnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).
  6. Di  dalam  wasiat  Rasulullah  s.a.w  kepada  Umat  Islam  supaya  menjaga  pemuda  dan menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda: Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.

Kesimpulannya itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa… serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Syeikh Dr Abdullah Nassih ‘Ulwan

Semenjak runtuhnya Khilafah Islamiah dan hilangnya perundangan Islam dari kehidupan umat Islam, kuasa-kuasa luar dan dalam, di peringkat antarabangsa dan tempatan telah bergerak melakukan kerja siang malam untuk satu tujuan; tujuan yang keji dan hina iaitu meruntuhkan akidah Islam dari hati-hati generasi muslim. Begitu juga untuk memadamkan ruh jihad di jalan Allah yang ada di dalam perasaan dan diri mereka. Sehingga generasi tersebut -pemuda dan pemudi, lelaki dan perempuan- berubah dari beriman dengan penuh keyakinan kepada keraguan, dari beramal kepada tawakkul, dari berakhlak kepada penyelewengan.

Negara Islam menjadi makanan yang terhidang bagi pelahap. Kuasa-kuasa yang bergerak dengan berganding bahu ini terdiri dari lima golongan: 1. Kristian dan penjajahan. 2. Komunis antarabangsa. 3. Zionis.  4. Salibiah. dan 5. Agen-agen. Setiap satu dari kuasa ini mempunyai perancangan, penyusunan, uslub dan wasilah yang tersendiri di dalam usaha merosakkan generasi muslim dan menghancurkan pemudapemudinya, seterusnya mengongkong negara-negara Islam.

Kuasa-kuasa ini telah berjaya mencapai matlamatnya di kebanyakan negara Islam. Ia mempunyai agen-agen yang berada di negara Islam itu sendiri untuk meneruskan usaha dan melaksanakan segala perancangannya. Generasi Islam pula (alangkah sedihnya) telah dihanyutkan oleh hawa nafsu, ditenggelamkan oleh arus perubahan zaman dan tunduk patuh kepada sistem kerajaan yang berusaha meruntuhkan, menimbulkan keraguan dan mengembangkan fahaman tidak berakhlaknya.

Oleh itu, pemuda-pemudi Islam hari ini hendaklah mengetahui perancangan-perancangan ini dan cara mengatasinya. Apabila mereka telah betul-betul faham, sedar, mempunyai persediaan dan pembentukan, mereka akan berdepan dengan perancangan-perancangan tersebut bagaikan singa lapar; mempertahankan dan menentang, bekerja dan berjihad sehingga Allah menganugerahkan kemenangan kepada agama ini, kemuliaan kepada umat ini serta kekuatan dan kekuasaan kepada negara Islam dan memberikan hidayah serta kebaikan kepada manusia sejagat.

Syeikh Dr Abdullah Nassih ‘Ulwan

Kita merupakan tunggak kepada masyarakat dan negara. Apabila generasi kita rosak, maka akan rosaklah masyarakat dan negara kita. Oleh itu kita dapat lihat melalui suasana sekeliling dan juga melalui buku yang saya bentangkan ini bahawa musuh-musuh Islam sentiasa menumpukan perhatian dan serangan mereka terhadap golongan peringkat kita ini.

Saudara-saudariku di dalam Islam,semenjak kita berada di pusat asuhan kanak-kanak sehingga menjejakkan kaki ke menara gading, kita sentiasa di suntik dengan racun-racun yang berbisa oleh musuh-musuh Islam samada dari dalam atau luar negeri. Kita sentiasa didedahkan dengan perlakuan Barat dan kita digalakkan supaya bergerak bersama arus kebaratan yang telah merosakkan akidah dan juga akhlak perlakuan umat Islam. Kita sentiasa disuapkan dengan dasar-dasar pelajaran, ideologi-ideologi dan juga kemajuan yang sedang dinikmati oleh Barat .

Tidak hairanlah wahai saudara-saudariku, jika kita lihat sebahagian besar daripada lapisan para pemuda dan pemudi terjunam ke lembah kerosakan dan ketandusan akhlak yang mulia, selain daripada kekontangan akidah Islam yang menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Mereka lari daripada cara hidup Islam. Bahkan yang lebih menyedihkan lagi, mereka mengeji dan memperolok-olokkan cara hidup Islam dan orang yang beramal dengannya.

Kita tidak menyalahkan mereka seratus-peratus. Ini adalah kerana kadang-kadang mereka yang rosak itu disebabkan ketiadaan orang yang membimbing mereka ke jalan Islam yang sebenar. Mereka hanya mengenali Islam ketika di bilik-bilik darjah semasa di alam persekolahan dahulu.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

Pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”. Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”. Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”. Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

 …. Bersambung dalam Part 2

Ada seorang wanita yang anaknya mati syahid di jalan Allah, dia memanggil suaminya dengan penuh kegembiraan seperti yang dilakukan oleh ibu-ibu lainnya dengan penuh kebanggaan, dia berkata : “Kelak dia akan memberikan syafaat kepada saya, ibu bapanya dan tujuh puluh orang dari keluarganya , maka kemuliaan apa lagi yang saya inginkan selain dari ini semua… anak-anak kami tidak mati namun mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan rezeki yang berlimpah ruah”.

Muhammad Syihab, wakil parlimen HAMAS mencium anaknya yang masih muda yang bernama Abdul Rahman yang telah mendapatkan syahidnya pada hari itu dan dengan penuh keteguhan beliau berkata kepada para wartawan : “Kita telah berpindah dari marhalah sabar kepada marhalah redha… Anak-anak kita telah mendapatkan apa yang mereka cita-citakan…Demi Allah, kami sebagai ibu bapa mereka, juga menginginkan syahadah seperti mereka.. kami sungguh irihati dengan mereka yang telah mendahului kami mendapatkan syurga firdaus yang tinggi tingkatannya”.

Adapun seorang pejuang lain berkata kepada wartawan : “Kami rindu kematian sebagaimana mereka (tentera Israel ) merindukan kehidupan, kerana kematian kami adalah “syahadah” dan kehidupan yang tidak akan binasa selamanya”.

Abdullah mencium tangan ibundanya pada malam itu dan bersegera pergi keluar menerobos kegelapan malam di tengah bandar, walaupun ibunya berusaha mengingatkannya untuk tinggal di rumah pada malam itu kerana khuatir akan ada serangan dan bom yang jatuh menimpa dirinya, namun peringatan tersebut tidak bererti baginya. Abdullah menggenggam tangan ibunya dengan penuh rasa hormat lalu menciumnya dengan penuh kehangatan, lalu dia berkata kepada ibundanya : “Bonda, jika saya tetap di sini tidur dengan nyenyak dan jiran tetangga kita melakukan itu juga sementara sahabat-sahabatku keluar berjuang dengan gagah berani… maka kenapa aku tidak boleh ikut bersama mereka sehingga aku dapatkan pasukan penjajah Israel yang berjalan di sekitar rumah kita lalu membunuhnya”… kemudian dia menambah : “Sungguh, kalau aku datang membawa syahadah… janganlah engkau bersedih… kerana yang demikian ganjarannya adalah “jinan” (syurga-syurga) bukan setakat “jannah” sahaja wahai Ummu Abdullah….

Adapun Abu Raid, kisahnya berbeza pula ; beliau menghubungi kedua anaknya yang berada di sempadan menjaga kem pertahanan bukan untuk memberikan wasiat agar mereka tenang namun justeru memberi motivasi untuk berjihad lebih kuat dan lebih banyak lagi dan memberikan bekalan dengan keimanan yang teguh. Beliau menyampaikan kepada kedua anaknya akan besarnya ganjaran syahadah dan apa-apa yang menunggu mereka… dengan penuh tsiqah dia berkata : “Kita menghadiahkan kepada kaum muslimin pelajaran-pelajaran akan makna “tsabat” dan “cinta syahadah” di jalan Allah. Mereka (tentera2 Israel ) adalah perajurit yang dilindungi oleh kereta-kereta kebal yang handal dan pesawat-pesawat tempur yang canggih, sementara anak-anak kita menghadapi mereka dengan dada terbuka serta penuh keberanian dan keteguhan”.

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Pengunjung - mulai Dec'09

  • 4,784 hits

Kalender

IKRAM Subang Jaya

RSS Terkini IKRAMSJ.org

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Permata Ummah

Permata Ummah II

Arkib

Wanita & Keluarga

Risalah Syumul

PalestinKini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.