Syeikh Dr Abdullah Nassih ‘Ulwan

Semenjak runtuhnya Khilafah Islamiah dan hilangnya perundangan Islam dari kehidupan umat Islam, kuasa-kuasa luar dan dalam, di peringkat antarabangsa dan tempatan telah bergerak melakukan kerja siang malam untuk satu tujuan; tujuan yang keji dan hina iaitu meruntuhkan akidah Islam dari hati-hati generasi muslim. Begitu juga untuk memadamkan ruh jihad di jalan Allah yang ada di dalam perasaan dan diri mereka. Sehingga generasi tersebut -pemuda dan pemudi, lelaki dan perempuan- berubah dari beriman dengan penuh keyakinan kepada keraguan, dari beramal kepada tawakkul, dari berakhlak kepada penyelewengan.

Negara Islam menjadi makanan yang terhidang bagi pelahap. Kuasa-kuasa yang bergerak dengan berganding bahu ini terdiri dari lima golongan: 1. Kristian dan penjajahan. 2. Komunis antarabangsa. 3. Zionis.  4. Salibiah. dan 5. Agen-agen. Setiap satu dari kuasa ini mempunyai perancangan, penyusunan, uslub dan wasilah yang tersendiri di dalam usaha merosakkan generasi muslim dan menghancurkan pemudapemudinya, seterusnya mengongkong negara-negara Islam.

Kuasa-kuasa ini telah berjaya mencapai matlamatnya di kebanyakan negara Islam. Ia mempunyai agen-agen yang berada di negara Islam itu sendiri untuk meneruskan usaha dan melaksanakan segala perancangannya. Generasi Islam pula (alangkah sedihnya) telah dihanyutkan oleh hawa nafsu, ditenggelamkan oleh arus perubahan zaman dan tunduk patuh kepada sistem kerajaan yang berusaha meruntuhkan, menimbulkan keraguan dan mengembangkan fahaman tidak berakhlaknya.

Oleh itu, pemuda-pemudi Islam hari ini hendaklah mengetahui perancangan-perancangan ini dan cara mengatasinya. Apabila mereka telah betul-betul faham, sedar, mempunyai persediaan dan pembentukan, mereka akan berdepan dengan perancangan-perancangan tersebut bagaikan singa lapar; mempertahankan dan menentang, bekerja dan berjihad sehingga Allah menganugerahkan kemenangan kepada agama ini, kemuliaan kepada umat ini serta kekuatan dan kekuasaan kepada negara Islam dan memberikan hidayah serta kebaikan kepada manusia sejagat.