Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!
- Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda.
- Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun.
- Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun.
- Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua.
- Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah
pemuda.
Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar panji-panji jihad… lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah Islamiah melalui tangan mereka. Kamu semua mengetahui -wahai pemuda-, bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Leave a comment
Comments feed for this article