You are currently browsing the category archive for the ‘Aktiviti & Photo’ category.

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan ‘Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abubakar r.a. berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut“.
Umar r.a. berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut“.
Utsman r.a. berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber’amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut“.
‘Ali r.a. berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut“.
Fatimah r.ha.berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut“.
Rasulullah SAW berkata, “seorang yang mendapat taufiq untuk ber’amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber’amal dengan ‘amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat ‘amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut“.
Malaikat Jibril AS berkata, “menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut“.
Allah SWT berfirman, ” Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut“.
Insya Allah, dimaklumkan program jiluna banat 11-17 tahun berbentuk jaulah & rehlah akan pada 24 April 2010 (Sabtu) di Hutan Lipur Kanching (Kawasan Air Terjun dan Tanah Lapang). Tema kali ini ialah “Remaja Anggun” (Anggun rohani/jiwa, anggun emosi/intelek, anggun fizikal). Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM10 seorang sahaja. Masa dan tempat berkumpul : 7.30 pagi di Masjid Subang. (Mentor akan membawa anak-anak jiluna ini ke Hutan Lipur Kanching dan dijangka sampai pada pukul 8.30 pagi dan aktiviti dijangka siap selepas solat zohur bersama).
Tentatitif program bermula dengan aktiviti membaca Al Quran, permainan Tradisional ( Baling tin, galah panjang, Tuju kaki, Baling kelapa), sesi mencungkil bakat (agihan kotak beracun), sajak, pantun, syair, nasyid, gurindam dan makan tengahhari (BBQ) yang diakhiri dengan solat Zuhur dan Tazkirah. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan dan meredhainya dalam setiap gerakkerja dan pemikiran yang disumbangkan.
Semua jiluna banat diminta menghubungi Mentor masing-masing bagi mengesahkan kehadiran dan maklumat lanjut.


Insya Allah swt, program JILUNA akan meneruskan siri pengukuhan diri pada bulan Feb 2010. Satu program berbentuk ‘indoor’ akan diadakan pada 27-28 Februari 2010 bermula jam 3 petang (Sabtu) hingga 7 pagi (Ahad) di Pejabat Afaq Subang Jaya. Program kali ini memfokuskan tema tsaqafah – “Aqidah Sejahtera” dan “Akhlaq Tinggi” secara activity-based. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan saudara Hazim Alias 016-3859293
Tentatif program:
- Petang: Aktiviti ‘Bedah Filem’ terpilih – LDK – Pembentangan – Kulasah “Akhlaq Yang Tinggi”
- Malam: Aktiviti tayangan klip video ‘Gambaran Kiamat” – LDK – Pembentangan – Kulasah “Aqidah Yang Sejahtera”
- Pagi: Qiam & Riadhah (lokasi berbeza bagi Banin & Banat)
‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah atau terputus. – Syeikh Hassan al-Banna




